AUKU PINDAAN 2009 PDF

Sekiranya AUKU ini tidak dimansuhkan, mahasiswa ibarat berada dalam jaringan besi yang lebih dahsyat daripada Kem Kamunting itu sendiri. Mungkin ramai mahasiswa yang tidak memahami berkenaan dengan AUKU Pindaan ini malahan ada segelintir yang hanya tahu wujudnya tetapi tidak pernah mengambil tahu untuk memahami kandungan akta mahasiswa ini secara terperinci. AUKU sebenarnya suatu akta yang diwujudkan bagi tujuan mengenakan sekatan politik, berhimpun, bersuara kepada mahasiswa dan juga pensyarah kerana sebelum kewujudan AUKU, Universiti pada ketika itu boleh berdiri tanpa memerlukan akta khas untuk mengawal mereka. Penggubalan AUKU dikatakan kerana kebimbangan kerajaan terhadap suara mahasiswa ketika itu yang bersuara lantang dalam pelbagai isu seperti isu anti-kolonialisme oleh Kerajan an; isu anti Tunku ; isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong ; isu bahasa dan kependidikan nasional ; isu sosio-ekonomi negara ; isu tuntutan Sabah oleh Filipina ; isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia dan juga pengisytiharan isytihar manifesto mahasiswa dalam PRU ke-4 pada tahun yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan di banyak kerusi pada pilihanraya tersebut.

Author:Dakora Vubei
Country:Lebanon
Language:English (Spanish)
Genre:Relationship
Published (Last):12 July 2006
Pages:161
PDF File Size:12.61 Mb
ePub File Size:15.59 Mb
ISBN:283-7-68148-319-5
Downloads:9082
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Kirn



Sekiranya AUKU ini tidak dimansuhkan, mahasiswa ibarat berada dalam jaringan besi yang lebih dahsyat daripada Kem Kamunting itu sendiri. Mungkin ramai mahasiswa yang tidak memahami berkenaan dengan AUKU Pindaan ini malahan ada segelintir yang hanya tahu wujudnya tetapi tidak pernah mengambil tahu untuk memahami kandungan akta mahasiswa ini secara terperinci.

AUKU sebenarnya suatu akta yang diwujudkan bagi tujuan mengenakan sekatan politik, berhimpun, bersuara kepada mahasiswa dan juga pensyarah kerana sebelum kewujudan AUKU, Universiti pada ketika itu boleh berdiri tanpa memerlukan akta khas untuk mengawal mereka.

Penggubalan AUKU dikatakan kerana kebimbangan kerajaan terhadap suara mahasiswa ketika itu yang bersuara lantang dalam pelbagai isu seperti isu anti-kolonialisme oleh Kerajan an; isu anti Tunku ; isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong ; isu bahasa dan kependidikan nasional ; isu sosio-ekonomi negara ; isu tuntutan Sabah oleh Filipina ; isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia dan juga pengisytiharan isytihar manifesto mahasiswa dalam PRU ke-4 pada tahun yang telah menyebabkan kekalahan kerajaan di banyak kerusi pada pilihanraya tersebut.

Jika dahulu, ahli politik pasti takut untuk jejakkan kaki ke kampus jika mereka tidak mampu mematikan hujah mahasiswa. Mahasiswa bebas untuk bertanya, bebas untuk menegur tatkala kerajaan salah. Tetapi sekarang keadaan berubah kerana AUKU. Dengan AUKU, jika ada pelajar yang berani sebegitu, sudah pasti pelajar itu akan kena. Diambil tindakan dan kadang-kadang dikenakan hukuman yang tidak relevan.

Ini kerana suara mahasiswa mempunyai suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan a force to be reckoned with dan mempunyai nilai keyakinan masyarakat public confident value. Sejarah dunia menceritakan bahawa mahasiswalah yang mencetuskan gelombang tumbangnya Rejim Papandreou di Greece, Rejim Menderes di Turki pada tahun , rejim korup Dr.

Syngman Rhee yang berkuasa selama 12 tahun di Korea Selatan, pengulingan Shah Iran yang zalim di Iran akibat peristiwa Black Friday yang dicetuskan oleh mahasiswa, dan kejatuhan 32 tahun pemerintahan diktator Soeharto di Indonesia juga dikaitkan dengan peranan dan pengorbanan gerakan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun lalu.

Jelas bahawa AUKU tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pengubalan undang-undang untuk mengawal suara keramat mahasiswa. Terdapat ramai tokoh akademik mengsyorkan bahawa akta lapuk itu dimansuhkan terus, bukannya dipinda seperti sekarang.

Khoo Kay Kim, pensyarah kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah berkata, pindaan AUKU itu wajar dilaksanakan kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan mahasiswa untuk lebih bersedia berdepan dunia global. Jelas bahawa tokoh-tokoh akademik menyarankan agar AUKU dimansuhkan terus dalam kamus mahasiswa dan juga para pensyarah.

Tindakan melakukan pindaan baru-baru ini dilihat sebagai satu lagi silap mata yang dilakukan oleh pihak pemerintah dalam mengaburi mata pihak mahasiswa akan pelaksanaan AUKU ini. Juga mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, tetapi hanya dalam soal akademik mengikut bidang pengajian masing-masing sebagai contoh, pelajar Fakulti Sains tidak boleh langsung bercakap soal Ekonomi, kerana ini bukan bidang pengajiannya.

Malahan lebih kelakar, setiap pendapat mahasiswa dalam sesuatu majlis hanya dibolehkan apabila majlis tersebut telah diluluskan oleh menteri sepertimana Seksyen 15 6 b AUKU Pindaan dan ini adalah sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan bersuara yang telah digariskan dengan jelas dalam Perkara 10 a Perlembagaan kita. Terdapat banyak lagi pindaan AUKU yang lebih bersifat kosmetik dan ini ditunjukan juga dalam hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 4 Akta AUKU ini.

Persoalan besar yang perlu kita tanya ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch?

Berdasarkan sejarah, mahasiswa yang menganggotai parti politik bukan kerajaan pasti akan dilakukan pemtauan 24 jam dan mereka ini akan dinafikan hak dalam pelbagai aspek termasuklah kelulusan mendiami kolej, peluang untuk menyambung pelajaran seperti di peringkat master dan phd atau ruang untuk kenaikan pangkat bagi para pensyarah.

Sebelum ini, pelbagai alasan diberikan oleh golongan bukan mahasiswa antara lainnya bahawa AUKU perlu diwujudkan kerana mahasiswa hari ini tidak bersikap dewasa dan bertanggungjawab. Mungkin berbangkit persoalan, adakah kita sebagai mahsiswa sudah lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Dan tidak boleh diukur sesuka hati sahaja. AUKU sebenarnya boleh mengundang penghasilan pelajar yang suam-suam kuku, kerana sekatan ini akan menghasilkan mahasiswa yang jelas sekadar angguk-angguk, tetapi tidak berani geleng-geleng.

Selain itu, mahasiswa dihalang berpolitik kerana dikatakan akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa. Sebenarnya ini adalah alasan yang berbentuk metafora, bersifat tuduhan semata-mata tanpa adanya satu kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan membantutkan daya berfikir mahasiswa. Satu lagi persoalan besar yang perlu dirungkaikan ialah wajarkah AUKU dikala mahasiswa juga mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia layak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum?

Kita semua sedia maklum, purata umur mahasiswa dalam lingkungan 20 tahun. Berdasarkan Perlembagaan Negara, terang lagi bersuluh menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas berhak untuk mengundi di dalam pilihan raya umum. Kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk semua warganegara Malaysia memanifestasikan hak demokrasi mereka dengan menentukan parti politik yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara.

Pengundi yang bijak pastinya mengikuti arus politik negara sebelum membuat keputusan untuk memangkah kertas undi. Namun, realiti dalam konteks mahasiswa: Bagaimana mahasiswa hendak mengikuti perkembangan politik? Ingatkah kita tentang cerita orang-orang buta dengan gajah? Bijakkah kita bila membuat keputusan berdasarkan satu perspektif sahaja dengan bulat-bulat mengabaikan perspektif2 yang lain? Juga kebebasan untuk terlibat dengan politik, tidakkah kita sedar bahawa dengan penafian hak mahasiswa untuk terlibat di dalam politik ini, mereka akan dikategorikan sebagai pengundi yang tidak cerdik, buta tuli atau golongan yang pangkah ikut suka hati tanpa ada fikiran utk memikirkan parti mana yang terbaik untuk masa depan mereka?

Pelik tapi benar yang mana mahasiswa punya hak mengundi, namun dalam masa yang sama, mahasiswa juga dinafikan hak menyertai politik. Inilah realiti dilemma mahasiswa di Malaysia. Sedangkan di Amerika Syarikat, yang menduduki senarai top 10 universiti dalam Times Higher Education Ranking, memberikan kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik dan tiada akta draconian seumpama AUKU dijalankan di sana.

Hinggakan seorang mahasiswa yang berusia 19 tahun telah berjaya dipilih menjadi Datuk Bandar Muskogee yang mempunyai penduduk seramai 38, orang.

John Tayler Hammons yang masih mengikuti pengajian tahun pertamanya di universiti di Norman telah menerima 57 peratus undi menewaskan bekas datuk bandar Hershel Ray McBride.

Ini jelas menunjukkan bahawa keterlibatan dalam politik tidak akan mencacatkan keputusan dan keintelektualan seseorang mahasiswa malahan memberikan dorongan semangat kepada mereka yang telah dilepaskan daripada sangkar AUKU yang tidak relevan ini. AUKU juga wajar dimansuhkan terus daripada hidup mahasiswa atas alasan bahawa akta ini telah menafikan hak-hak asasi manusia bagi mahasiswa.

Sebagai contoh, Artikel 19 dan 20 Universal Declaration of Human Rights jelas memberi jaminan hak setiap individu di dunia untuk menyatakan pandangan, berhimpun dan berpersatuan. Apatah lagi hak mahasiswa untuk berhimpun, yang dinafikan sama sekali dalam AUKU terbaru ini. Selain itu, AUKU bukan sahaja berjaya tidak mendisiplinkan mahasiswa malah berjaya mengikis kepekaan golongan intelek ini terhadap persoalan semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus. Pelajar menjadi pasif dan isu-isu penting seperti isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, gejala sosial dan lain-lain dipandang sepi.

Jika ini yang dididik dari sekarang, apakah agaknya bayangan kita terhadap cara berfikir pemimpin 20 tahun akan datang? Belum lagi bercakap soal sikap sikap dan minat terhadap kegiatan Mahasiswa. Sekatan yang dikenakan menyebabkan mahasiswa mengambil sikap protes dengan bersikap individualistik dan tidak peduli hal-hal sejagat. Ambil sahaja iktibar dari sambutan Pilihanraya Kampus yang berlaku. Ada sebuah universiti yang mana sememangnya sudah terkenal dengan kepincangan demokrasinya, terpaksa menggula-gulakan mahasiswa dengan tindakan tatatertib dan umpan pemberian barangan percuma demi memaksa mereka turun memeriahkan pesta tersebut.

Ini amat membahayakan negara kelak dalam arena demokrasi. HEP sebenarnnya ditubuhkan adalah untuk melicinkan segala urusan yang berkaitan urusan kemahasiswaan yang merangkumi soal kewangan, penginapan, kebajikan , kebudayaan , sukan hubungan dengan masyarakat luar dan sebagainya. Ada universiti menggunakan berbagai peruntukan yang ada dengan mengetatkan pengalawalan ke atas pelajar dan sindrom sperti pilih kasih, double standard juga wujud.

Terdapat juga suara-suara nakal dan tuduhan melulu yang dilemparkan menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca sepertimana ucapan ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman semasa perbahasan AUKU tahun lalu. Setakat ini masih tiada kajian empirikal yang dapat mengaitkan gerakan pelajar dengan kemerosotan akademik pelajar. Justeru tiada bukti yang menunjukkan bahawa gerakan pelajar mampu menyumbang kearah kemerosotan akademik pelajar..

Pencapaian akademik adalah bergantung pada usaha dan sikap individu masing —masing dan AUKU tidak diperlukan untuk menyuruh mahasiswa belajar. Cukuplah statut perlembagaan universiti yang mensyaratkan bahawa setiap mahasiswa wajib mendapat PNGK 2.

Lantas, kenyataan ini menafikan bahawa AUKU adalah instrument atau alat untuk meningkatkan mutu akademik pelajar adalah tidak berasas sama sekali dan kenyataan ini lebih bersikap pesimis terhadap mahasiswa.

Pemansuhannya adalah untuk membebaskan mahasiswa dan para akademik daripada kekangan birokratik, supaya mahasiswa-mahasiswi dan ahli-ahli akademik dapat mempelajari ilmu dan menjalankan kajiselidik terhadap ilmu alam semesta dalam suasana yang bebas. Pemansuhannya juga membolehkan mahasiswa-mahasiswi untuk lebih mendekati apa yang berlaku di luar menara gading, dan seterusnya dapat memperbaiki keadaan di dalam masyarakat apabila tamat pengajian nanti.

Kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan mahasiswa tidak hanya terhad kepada dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan perpustakaan. Sebaliknya, ia membabitkan seluruh kehidupan universiti, termasuk aktiviti kokurikulum, politik kampus, kebajikan, hak dan keadilan mahasiswa, dan sebagainya.

Kehidupan mahasiswa tidak terhad dalam batasan pagar universiti saja. Mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat yang perlu mendengar denyut nadi mereka, menjadi jurubicara dan agen perubahan dalam masyarakat. Kehidupan mahasiswa bukan kehidupan berseorangan. Ia adalah kehidupan berkumpulan dan berorganisasi.

Apabila berkumpulan dan berorganisasi, ia menjadi berstruktur, berprinsip dan punya hala tuju yang kemas, lalu menjadi satu gerakan yang dipanggil gerakan mahasiswa. Apabila wujud gerakan mahasiswa, ia lazimnya mempunyai rukunnya sendiri, iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Auku telah menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan penguasa menindas golongan marhean.

Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara. Hakikatnya bahawa proses penggubalan, pindaan dan praktis penekanan AUKU lebih banyak bermotif politik adalah tidak dapat disangkal lagi. Malah saat AUKU didapati gagal mengawal kesedaran masyarakat universiti kerana Reformasi , diwujudkan pula Aku Janji untuk memastikan rasa takut ini berterusan.

Tuduhan bahawa mahasiswa dan pensyarah sebagai anti-kerajaan, berkecenderungan ganas, tidak bersyukur dan lain-lain hanya menunjukkan keangkuhan kuasa dan penghinaan besar kepada maruah insan dan dunia keilmuan. Jelas secara tuntasnya bahawa pindaan AUKU tidak lebih sekadar memenuhi harapan sedikit orang sedangkan ia tidak diiktiraf oleh ramai komuniti yang terikat dengan undang-undang tersebut. Seorang falsafah barat, Jeremy Bentham telah menyatakan undang-undang sedimikian adalah bersifat zalim kerana ia dikeluarkan oleh pemerintah tidak berdaulat, sebuah pemerintah yang dipertikaikan oleh orang ramai.

Justeru, kita menghapkan agar pemansuhan AUKU terus dilakukan dan suara mahasiswa amat diperlukan dalam memansuhkan Akta ini daripada pewartaan di Parlimen. Semoga iklim kebebasan yang lebih baik akan memacu penghargaan kepada kemuliaan insan dan memartabatkan dunia keilmuan di samping memberikan kecerian kepada Malaysia yang impikan seorang pemimpin yang berkarisma dan berkaliber, yang hanya boleh dicapai dengan memansuhkan AUKU Pindaan ini.

Hishamuddin Che Ali.

TDA8350Q PDF

AKTA,PERATURAN DAN STATUT .

Slide 10 - Ini akan memastikan ketelusan dalam compositions pemilihan tersebut dan hanya calon-calon yang benar-benar berkaliber, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, mempunyai kelayakan yang istimewa, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman serta jaringan hubungan yang luas sahaja yang akan mengisi jawatan tersebut. Ini akan dapat memastikan Ketua Kampus yang dilantik tersebut bersesuaian dengan keperluan sesebuah Kampus universiti berkenaan. Ia juga dapat menggalakkan kerjasama yang erat antara Ketua Kampus dan Naib Canselor dalam memastikan misi dan visi universiti berkenaan dapat dicapai dengan jayanya. Slide 12 c Pemilihan keanggotaan Senat dari kalangan profesor akan dipilih oleh rakan sejawat mereka yang terdiri daripada profesor dan profesor madya di sesebuah universiti d Pelantikan Dekan, Ketua Sekolah hendaklah melalui expositions perundingan dengan kakitangan akademik di setiap Fakulti dan Naib Canselor hendaklah memaklumkan kepada LPU tentang pelantikan itu.

J.S.BACH - SUITE BWV 997 - I PRELUDE PDF

.

KARPIN REPORT PDF

.

L ARTE VETRARIA PDF

.

Related Articles